Kelas Keusahawan Bersama Pelajar Tingkatan 6 (Bawah)
11 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniPada 10 Ogos 2017 bersamaan hari Khamis, Pusat Internet 1 Malaysia Spaoh mengadakan Kelas Keusahawanan yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Interent 1 Malaysia (PI) Spaoh.Peserta dihadiri oleh pelajar Tingkatan 6 Bawah.
Antara tujuan kelas keusahawan ini adalah untuk memberi peluang kepada peserta untuk menjana idea dan memahami langkah-langkah untuk memulakan perniagaan.Kelas ini juga bertujuan membangkit dan menanam semangat berdikari serta menyedarkan peserta kepada peluang perniagaan dan memberi peluang asas pengurusan.
Adalah diharapkan selepas mengikuti kursus ini,perserta akan berupaya untuk meningkatkan potensi diri dan mengenalpasti bakat untuk menjadi usahawan berjaya. Aspek keusahawanan yang dipelajari juga dapat menyediakan usahawan agar lebih kreatif dan inovatif untuk menghadapi persaingan dan cabaran usahawan di alaf baru.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: